Wednesday, May 5, 2010

Kebaikan Perlindungan Takaful EtiQa

Insurans bukan satu paksaan tetapi satu langkah bijak yang perlu diambil untuk mengelakkan kesusahan ketika dilanda musibah. Kita tidak tahu bila musibah atas diri kita akan berlaku Cuma yang kita mampu ialah bersedia, berdoa dan bertawakal sahaja.
Sahabat-sahabat yang dikasihi… insurans itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda dan membiayai kos perubatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan” atau gaji bulanan, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak seperti :-
1. Diri anda sendiri
2. Suami / isteri
3. Anak –anak anda yang dikasihi
4. Ibu Bapa
Sebagai seorang lelaki/wanita yang bijak dan berjaya, anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda.
Ya.. jika anda sekarang masih bujang, sudah tentu anda kurang komitmen dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri.
Kalau ditakdirkan anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Kerana apa? Anda bujang!.. anda hanya perlu dikafan dan dikebumikan.. tutup kes..
Tapi..
bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil..
Siapakah yang akan menanggung kos perubatan anda?
Siapa yang nak menanggung makan-minum anda?
Siapa yang nak bayar hutang motor atau kereta , ptptn, bayaran bulanan sumbangan pada mak ayah kat kampung, kad kredit dan juga hutang makan atau rokok anda di kedai mamak?
Itu kalau anda bujang bagaimana kalau anda sudah berkahwin, sudah ada anak, mempunyai tanggungan perbelanjaan yang ketat dan bergantung harap pada anda yang kini bekerja untuk mereka. Bagaimana?
Tujuan kami disini bukanlah untuk membuat paksaan atau mengugat tetapi sekadar untuk memberi peringatan dan panduan supaya hidup kita di dunia ini lebih terjamin baik dan selesa. Saya minta maaf jika bahasa saya kasar akan tetapi inilah hakikat sebenar yang kita akan tempuh kelak satu hari nanti.
Kami ingin bertanya adakah anda mempunyai polisi insurans iaitu :-
1. Insurans Kemalangan Peribadi
2. Insurans Keluarga
3. Insurans Hayat
4. Insurans + Medical Card untuk membiayai bil rawatan hospital
5. Insurans Manfaat Perlindungan 36 Jenis penyakit kritikal
6. Insurans berlandaskan ciri2 islam iaitu TIADA unsur Riba’, Judi dan Was Was
Jika ada mempunyai salah satu perkara diatas TAHNIAH diucapkan kerana anda telah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga .
UNTUK PENERANGAN DENGAN LEBIH JELAS
ANDA BOLEH HUBUNGI/SMS/EMAIL SAYA
ETIQA AGENT
M.ZAMLI MASTOR
012-2935286 / m.zamli@agent.etiqa.com.my

Monday, January 4, 2010

DENGAN HANYA RM100.00 SEBULAN RISIKO ANDA KAMI URUSKAN.

1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan Waktu Istimewa
Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.

2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga
Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.

3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S
Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.

4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji
Melalui produk Etiqa Mesra, sumbangan dalam Takaful Etiqa akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.

5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal
Pihak Takaful Etiqa akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal (36 jenis penyakit) seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.

6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 1 hari (24 jam), boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang didiscashkan.

7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful Etiqa pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful Etiqa telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful Etiqa akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Etiqa (win-win situation)

13. Amal Jariah (Tabbaru'at)
Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Takaful Etiqa memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.

Dengan menyertai pekej skim Takaful Etiqa pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).

"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah, (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah: 240)

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…" (Hadis Riwayat Bukhari)

Wednesday, January 21, 2009

Berminat? Sila isi borang berikut :-

































Nama:




Tarikh Lahir:




No Tel:




Perkerjaan:




Alamat